BIRMINGHAM: Jaguh lompat tinggi negara, Nauraj Singh Randhawa, memperagakan satu lagi aksi mengecewakan apabila menjadi peserta pertama tersingkir daripada 13 peserta beraksi pada pusingan akhir pada temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022, di sini, pada Rabu.
Nauraj, berazam memperbaiki rekod kebangsaan miliknya dengan catatan 2.30 meter (m) yang dilakukan pada Terbuka Singapura, 2017, gagal melepasi ketinggian kedua 2.10m dalam ketiga-tiga percubaan di Stadium Alexander yang penuh sesak.
Aksi mengecewakan terbaru itu berlaku susulan kegagalannya untuk mempertahankan penguasaan serantau Malaysia dalam acara lompat tinggi apabila hanya mampu meraih pingat perak pada Sukan SEA di Hanoi, Vietnam, Mei lalu.
Atlet berusia 30 tahun, yang berpangkalan di Jerman, mendedahkan bahawa kecederaan tumit yang dialami semasa aksi Rabu menjejaskan penampilan ketiganya pada temasya sukan itu selepas edisi 2014 Glasgow dan 2018 di Gold Coast, Australia.
"Saya tidak mempunyai apa-apa untuk diperkatakan pada masa ini. Saya berlatih dengan bersungguh-sungguh dan bersedia dengan baik. Saya benar-benar berasa amat selesa sebelum ini tetapi gagal melakukan lompatan dengan baik berikutan kesakitan amat sangat pada tumit.
"Ia sangat mengecewakan dan saya amat marah. Anda semua tahu saya boleh menerima kegagalan tetapi Sukan Komanwel hanya menjelma empat tahun sekali," katanya kepada media Malaysia.
Nauraj kemudian berlalu pergi dan melutut di pintu keluar di kawasan zon campuran berdekatan dengan air mata mengalir mengenang nasib malangnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 03 2022
Aksi Nauraj Singh gagal melepasi ketinggian 2.10 meter dalam tiga percubaan, pada pusingan akhir, di Stadium Alexander, Birmingham, 3 Ogos 2022. --fotoBERNAMA
Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini
Yahaya berkata dalam tempoh sama tahun lepas, sebanyak 743 kertas siasatan dibuka iaitu penurunan sebanyak 113 kes.
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
PM Slovakia ditembak: Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
[TERKINI] Suspek sudah didakwa atas cubaan membunuh
Penembak itu bertindak bersendirian dan pernah mengambil bahagian dalam protes antikerajaan.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Wanita warga emas maut dilanggar kereta mengundur
Seorang wanita warga emas meninggal dunia dilanggar keretanya sendiri yang bergerak dalam keadaan mengundur, dipercayai akibat terlupa menarik brek tangan.
Perodua Masters: Hampir 300 pemain bakal berentap dalam edisi 2024
Biarpun pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 sudah berakhir, namun kejohanan itu tetap berjaya menarik penyertaan bintang dalam Top10 ranking dunia.
Sistem pendidikan harus di depan, terajui digitalisasi
Apa yang dibimbangi ketika ini ialah jika sistem pendidikan mampu bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan khususnya dalam teknologi digital.
Nauraj umum bersara setelah 15 tahun berbakti kepada negara
Atlet lompat tinggi negara Nauraj Singh Randhawa hari ini mengumumkan persaraannya selepas 15 tahun menabur bakti dalam sukan olahraga, pada usia 31 tahun.
Sudah tiba masa Nauraj kembali berlatih di Malaysia
Iyaru secara peribadi berpendapat Nauraj telah membuktikan beliau lebih menyinar sekiranya menjalani program di bawah MSN.
Nauraj Singh - Atlet pertama tersingkir pada pusingan akhir
Nauraj gagal melepasi ketinggian kedua 2.10m dalam ketiga-tiga percubaan di Stadium Alexander yang penuh sesak.
Nauraj layak ke Kejohanan Dunia
Atlet lompat tinggi negara Nauraj Singh Randhawa berpeluang mengharumkan nama negara apabila berjaya meraih tiket ke Kejohanan Olahraga Dunia 2022 di Oregon, Amerika Syarikat dari 15-24 Julai ini.
Sukan SEA Hanoi: Penguasaan Malaysia dalam lompat tinggi berakhir
Penguasaan Malaysia dalam acara lompat tinggi lelaki Sukan SEA sejak 2005, berakhir apabila Nauraj Singh Randhawa sekadar meraih pingat perak di Stadium Nasional My Dinh National Stadium di sini.
Rekod baharu kebangsaan dalam dewan Nauraj belum rasmi - Mohd Manshahar
Namun, dari segi teknikal catatan tersebut telah melepasi rekod kebangsaan lompat tinggi dalam dewan sebelum ini.
Nauraj Singh melabur duit poket RM50,000 demi kejayaan di Eropah
Terpaksa mengikat perut, tetapi ia tidak menghalang Nauraj meraih gelaran di Hungary dan Republik Czech sejak dua minggu lalu.
Lompat tinggi: Nauraj cemerlang di Hungary
Nauraj mengenepikan Vasilious Konstantinou dari Cyprus di tempat kedua dengan catatan 2.23m diikuti Sylwester Bednarek dari Poland di tempat ketiga dengan 2.20m.
Sukan SEA 2019 mungkin jadi penampilan terakhir Hup Wei
Hup Wei yang mempunyai catatan peribadi terbaik, 2.27 meter, pernah meraih pingat emas pada tiga edisi terdahulu -- 2007 di Thailand, 2009 di Laos dan 2011 di Indonesia.
Nauraj pecah rekod baharu kebangsaan
Nauraj Singh Randhawa telah berjaya mencatatkan rekod baru dalam acara lompat tinggi dengan catatan baharu 2.19 meter